Ahad, 23 Jun 2013

Permergian Abah Tercinta

Bismilahirahmanirahim....
Assalamualaikum w.b.t..

  Terlebih dahulu ain ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd sanaksaudara, sahabat-handal, teman-teman kenalan yg datang menziarahi dan atas ucapan takziah kalian di atas permergian ABAH tercinta pada 31.01.13 @ 12.09am. Semoga roh nye di cucuri rahmad. Tak berhenti-henti hf, msg, bbm, fb, whatsApp, dengan ucapan takziah & kata semagat buat kami sekeluarga. Al-fatihah utk arwah ABAH. terima kasih yer.

  Ramai yg bertanya kan arwah sakit @ apa? sedangkn baru jer ain uploud gambar percutian kami 2minggu sebelum arwah pergi. Subhanallah rupa nyer itu adalah percutian terakhir kami bersama. Entah dari mane ain ingin berkongsi cerita pilu ini..saat kehilangan seorg ABAH, satu2 nya insan yg mengasihi, berkorban, bersusah payah selama ini membesarkn kami anak-anak nya. Tampa pernah merungut kepenatan, tampa minta dibalas jasanya. Tanpa mengenal erti penat membesarkan kami adik-beradik dengan kuderat tulang empat keratnya. Itulah "ABAH SAYA" ''ABAH KAMI''.

  Tak pernah sekali pon abah mengadu, merungut yg abah sakit dengan anak-anak. Sentiasa senyum bila aku bertanya akan hal kesihatannya. "Abah sehat cuma kadang-kadang penat sikit". Lepas je pencen aktiviti abah mmg di kebun. Dulu time lepas sek hari2 pon aku akan teman abah ke kebun. Abah mmg tk boleh duduk diam. Sehari kalau tak ke kebun abah akan gelisah. '' matilah pokok-pokok abah kat kebun tu, tak di siram ''.  Abah cukup excited kalau anak menantunya balik kg then nak join dia pergi kebun. Comfem Abah bersemangat bukan main lgi.

31.01.13
(03.00am)

Malam tu...
 Kak chik dtg ke rumah. Dah pukul 3 mesti la dh tido kn? kak chik bgi tau yg ABAH dh tak de lg. Kaki aku tiba2 jadi lemah nk berdiri pon tak berdaya, lemah seluruh urat saraf aku. Hanya tangisan yg kedengaran. Subhanallah... (berkali2 aku cuba menafikannya) semua yang aku dengar kini adalah bohong. Rupa-rupanya dari pkl 10 lebih kak long, abg mat, kak de call cuba menghubungi aku, yang abah dalam keadaan kritikel di hospital. Tapi hf aku letak di bilik tengah, langsung tak dengar. Hf en suami pulak betteri kong. MasyaAllah, tak tau kenapa malam itu aku letih sangat sampai terlelap masa tidokan HaziqNaufal ( Ya Allah s.w.t bodoh nya aku )
Kami siap apa yang patut, apa yg terlintas je. Aku langsung tak boleh berfikir saat itu. Rasa diri terawang-awang. Naufal pon mcm memahami dia tak byk bunyi tgk ummi dia menagis.

(06.30am)
 Sampai di Johor, mak dah pon menanti kami..Aku terus menerpa mak di muka pintu. Mak nampak tenang sekali ( mungkin tak mau anak-anak jadi lemah bila tengok mak sedih. Mak kuat nya semangat mu ) '' jangan menagis, kesian kan Abah..abah ada kat rumah atok. jom kita tengok abah ". Nak berjalan pon aku rasa lemah tak berdaya. Di rumah atok aku nampak sekujur tubuh kaku terbaring, di selimut putih, Abah dah siap dikafankn. Ya Allah s.w.t sayu sangat hati aku, air mata sahaja yg mampu berbicara saat itu. Aku pergi dakap abang aku erat. Bisik abang mat  "kalau sayang kan abah jangan menagis dik, byk kan sedekah Al-fatihah dekat abah, kesian dekat abah dik ". Aku solat subuh dahulu, bru aku ziarah jenazah abah.
  Kak long buka kain kafan abah, kak long selak kain batik itu.. Ya Allah s.w.t , Ya Tuhanku ABAH... Benar tu ABAH ku, tu wajah abah ku, kini abah terbaring kaku. Ya Allah Abah. Aku kucup pipi abah bertalu-talu , sejuk, wajahnya putih tampa darah lagi, mata abah tertutup rapat, mulut abah seakan senyum, aku kucup lagi pipi abah, dahi abah, wangi sangat jenazah abah. nampak abah mcm tido je. Aku kucup abah lgi mcm dapat satu semangat.. ( adik redha abah, jika abah pergi. Abah pergi di jemput Ilahi. Allah s.w.t lebih mengasihi abah ) Yasin dan Al-fatihah aku baca tanpa jemu di sisi abah , aku teman abah selagi jasadnye masih dipandangan mata.

(09.30am)
 Rumah atok dipenuhi sanak-saudara, jiran2, kenalan-kenalan abah. Alhamdulilah ramai yg hadir. Dari jauh pon sempat sampai adik-adik abah dari terangganu n pahang. Cuma kak de je dari kedah ( akak aku no 3 ) belum sampai2 lagi. Semoga kak de selamat diperjalanan. Aku teruskan lagi bacaan Yasin buat abah, sesekali tercium bau wangi semerbak. Subhanallah Maha Suci Mu Ya Allah s.w.t.


30.01.13
 Abah mmg suka pergi klinik follow up darah tinggi nya. Pantang ubat nak habis esok tu abah akan ke klinik. Setakad ni darah tinggi abah terkawal. Tapi dua tiga ari lepas abah ada mengadu pada abang mat yang dada nya terasa sempit, abah risau kalau2 jantung ( 28.01.13 ISNIN ). Abah pergi klinik kesihatan DR ambil sempel kahak then kena tunggu 3ari baru tau keputusan. ( 30.01.13 RABU ) Pagi tu abah balik dari klinik kesihatan, abah duduk bawah pokok depan rumah ''abah dari mane ni? '' tya abang mat. ''abah dari klinik ambil keputusan kahak''. '' Dokter kate ape?'' ''Dr kata abah okey je, sehat semua penyakit pon takade". ''Dokter cuma kasi abah ubat batuk, okey lah abah nak masuk rehat''.

(01.00pm)
  Tengah ari tu abah keluar..beli lauk rupa nya. Abah cari sup ayam. Bukan main seronok lagi abah siap '' yeyeye...dapat sup ayam, nk makan sup ayam'' ( abah tak pernah macam tu, sup ayam mak pon boleh masak ) lepas makan mak pesan kat abah  ''ari ni abah tak payah pergi kebun yer? rehat kat rumah je''. Abah diam tak cakap apa. (03.00pm) Elok mak sembahyang zohor abah tolak moto dia pelan-pelan...emak tengok2 abah dah hilang mcm biasa ke kebun la jawab nye.

(09.00pm)
  '' Dah masuk insyak ni mat , mana abah kau tak balik2 lagi ni..pergilah kejap cari abah kau kat kebun tu. tak pernah abah kau lambat mcm ni. Selalu masuk mahgrib abah dah sampai rumah ''. Abang mat n kak mimi cari abah di serata kebun..abah still takde, pergi pulak kebun 1 lgi pon tak jumpe abah sampai minyak pon habis. Kebetulan abang mat mmg nk isi minyak tetiba terpandang moto abah kat situ. Abang mat pon tanya la dekat perkerja pam minyak tu ada nampak tak tuan punya moto ni.
    Perkerja tu cakap tadi dalam pukul 6.00pm pak cik tu terbaring kat tempat isi angin. Kami angkat dia ke tepi, ambik air sapu muka dia. Dia cakap dia okey, cuma penat. Kami tanya dia ada no fon anak tak? Dia tak ingat.. kebetulan ada ambulan lalu jadi kami tahan dan terus bawa dia ke hospital. Cuba u pergi hospital.
  Abang mat suruh semua siap. Call kak long semua ke hospital abah ada kat sana. Sampai2 hospital mmg ada pesakit yang bernama Mohd Fadzil....tgu lama. Rupa nya abah dah di bawak ke bilik critical, Dr nak buat jek jantung abah. Sbb jantung abah berhenti. Kalau sampai kali ke tiga dia orang jek abah tak beri tindak balas...sila hubungi adik-beradik yang lain. Ya Rasul...macam mana keadaan abah saat tu, tak dapat aku bayangkan. Pukul 12.09am 31.01.13 Abah mmg tak dapat diselamatkan lagi. Dr ckp akibat tekanan jantung. Terdiam kaku semua nya..Sepi..Abah pergi mcm tu sahaja, sendiri. Tadi pagi abah sehat sahaja. Ya Allah s.w.t...MMg benar jika Engkau berkehendak sedemikian tidak awal dan tidak lewat walau seminit pon. INNALILAHWAINNALILAHIROJIUN.

Jenazah abah di mandi dan di kafan kn di hospital. Abang mid, syafik dan abang mat yang mandikan abah. Alhamdulilah segalanya mudah dan lancar. pukul 3.00am jenazah abah boleh dibawa pulang.
  Mmg segalanya terlalu pantas. Baru 2minggu lepas kami adik-beradik pergi bercuti dengan abah. Tak sangka itu percutian terakhir kami dengan arwah. Abah mmg suka melancong. Sempat bawak abah pergi ''Janda Baik'' mmg abah nak sangat pergi situ. Alhamdulilah tertunai. Rupa-rupa nye Tu la last adik dapat jalan pimpin tangan abah, tu la last adik dapat baring atas lengan abah sambil sembang2. tu la last adik layan abah makan ( ''abah nak nasi lemak separuh jer, separuh lagi adik makan eh?'' ) , tu la last adik dapat tuang air teh tarik kegemaran abah. ( mmg tak boleh ingat, kalau la adik tau tu yg terakhir kali adik akan buat lebih dari itu, adik akan record segala nye) jalan sambil tangan abah tak kan lepas2..
   Tapi arwah abah mmg cukup happy dengan percutian itu. Rupa nya abah nk bagi kami kenangan manis. In sya Allah ade rezeki adik nak pergi lagi tempat tu. Dia orang nak kebumikan abah lepas solat zohor. jam dah pon 12.58th , aku tengok jam lagi berapa minit sahaja lagi, terpisahlah abah dari kami selama nya. Tak boleh lagi nak tatap wajah abah. Ya Allah s.w.t hiba nye hati ini. adik , kak long , kak de alun kan bacaan Yasin dengan bertemankn air mata. Mmg tak dapat nak ditahan. Kami tatap muka abah. Van jenazah dah pon sampai, jenazah abah nak di sembahyangkan di surau selepas solat zohor. Aku tak ketinggalan untuk sembahyangkan jenazah abah. Alhamdulilah ramai yang sembahyangkan abah penuh surau. Cuaca redup dari pagi tadi, sama sayu dengan jiwa aku saat dan ketika ini.
    Tiba la saat jenazah abah di bawa ke tanah perkuburan islam, aku tak ketinggalan masuk sekali ke dalam van jenazah. Itulah kali terakhir aku kucup jenazah abah yang sudah berbalut di kafan kemas. dlm hati (( ABAH ADIK SAYANG ABAH DUNIA AKHIRAT BAH )).

(2.00PM)
  Sampai di tanah perkuburan islam kg gubah, segamat Johor. Liang lahad dah tersedia. jenazah abah selamat dikebumikan dengan sempurna. Subhanallah Abah pergi mu mmg tak diduga. Syukur-syukur Ya Allah s.w.t semua urusan, semua nye berjalan dengan lancar. Tiba la saat org membaca talkin buat abah baru lah aku nampak emak menagis. Selama hampir 54thun mak bersama arwah abah, susah-senang bersama, berkasih-sayang bersama. Iye mak mmg patut rasa kehilangan. Sayu aku kala ini. Ya Allah s.w.t pinjamkan aku kekuatan. Hilang sudah tempat bersandar. Hilang sudah abah tersayang. Dan kini kami anak yatim.. Ya Tuhan.
  Terima kasih Ya Allah s.w.t kerana Engkau telah pinjamkn kami seorang abah yg sangat baik, semangat nya, impian dan harpan nya In sya Allah akan kami laksanakan. Pasti hari itu kan tiba dengan izin mu Ya Allah. Tanggal lah kami anak-anak mu dengan kenagan2 manis abah. Abah sentiasa dalam doa, ingatan anak-anak & isteri mu. Abah pergi atas ketentuan Ilahi. Pergilah abah andai tiba masa dan ketika nya, walaupon sesaat tak kan tertangguh. Semoga diri mu tenang disana dan di tempatkan bersama-sama orang beriman , beramal soleh dan mulia dia sisi Yang Maha Pencipta . Allah hu robbi. AMIN..AMIN..AMIN

    AL-FATIHAH BUAT ABAH TERSAYANG.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan